Mmandangkan skrg musim kawen,nak share ckit about hukum islam berkaitan dgn Zihar..
Bak kat UAI "Mung nok gurau bleh dgn bini,tp jgn lebih2 smpai jatuh ke zihar..kna igt tu"..Bunyi cam klakar kan kan?tp kna serious about thiz..
Jgn igt kawen nak sronok je,tp xtau hukum agama..chewahh,tumbuk c Noreen ni..hehe..
kat cni kita tngok dulu konsep perkahwinan dalam islam...
Maksud perkahwinan ialah akad yg mhalalkan hubungan diantara lelaki&prmpuan untuk hidup bersama dalam mnjalankan tangungjwb msing2..
Satu akad yg dilafazkan,maka halal segala hubungan antra psngan suami isteri. iaitu hbungan persetubuhan.
Zihar berasal drp perkataan belakang.Apabila suami mngatakan bahawa isterinya seperti belakang ibunya,maka berlakulah zihar..
Jika kita fahami maksud mngikut Imam Syafie "Lafaz suami menyamakan mana2 Anggota Zahir isteri dgn Anggota Wanita Mahram Muabbad kpd suami."
Zihar hanya disabitkan apbila ada lafaz&lafaz tersebut Jelas menyamakan mana2 anggota wanita mahram Muabbad(Kekal Haram Dikahwini)
Mari kita renungkan sepotong Firman Allah yg bermaksud:
"Org2 yg menziharkan isterinya diantara kamu(menganggap isterinya
sebagai ibunya padahal tiadalah isteri mereka itu ibu mereka..Ibu2 mereka tidak lain hanyalah wanita yang melahirkan mereka&sesungguhnya mereka sungguh2 mengucapkan 1 perkataan yg mungkar&Dusta..Dan ssunguhnya Allah maha Pemaaf Lagi maaf Pengampun"- Al Mujadalah : 2
Inilah ayat dari Allah SWT yang memperkatakan tentang zihar atau menyamakan isteri dengan ibu-ibunya. Perbuatan itu adalah satu perbuatan mungkar, perbuatan yang salah dan berdosa. Ada pun sebabsebab turunnya ayat ini ialah kerana satu peristiwa di zaman Rasulullah SAW dalam mana seorang isteri yang bernama Khaulah binti Sa'labah telah dizihar oleh suaminya, yakni telah dikatakan oleh suaminya yang bernama Aus bin Shamit dengan perkataan, "Engkau ini adalah bagiku seperti punggung ibuku."
Bagaimanakah zihar boleh berlaku ke atas seorang isteri? Apakah rukun-rukun yang boleh menyebabkan berlakunya zihar ke atas seorang isteri itu?
rukun zihar 4 perkara:
(1) Pertama, yang menziharkan isteri iaitu suami.
(2) Kedua ialah yang diziharkan iaitu isteri.
(3) Ketiga ialah orang yang diziharkan dengan isteri itu iaitu orang yang diserupakan dengan isteri itu.
(4) Keempat ialah lafaz zihar itu.
KAFFARAH ZIHAR
Setiap suami yang sah talaknya sah ziharnya. Zihar boleh berlaku secara dan secara sementara. Zihar sementara ditentukan masanya seperti sebulan, tetapi zihar kekal tidak ditentukan masanya. Setelah melakukan zihar jika pihak suami mahu kembali bersama isterinya maka dia dikenakan membayar kaffarah. Jika pihak suami tidak membayar kaffarah maka dia mesti menceraikan isterinya.
Kaffarah zihar ialah membebaskan hamba, jika tidak mampu hendaklah memberi makan atau pakaian kepada 60 orang fakir miskin. Jika itu masih lagi tidak mampu maka hendaklah berpuasa selama 2 bulan berturut-turut. Suami yang melakukan zihar mestilah membayar kaffarah sebelum melakukan perhubungan kelamin dengan isterinya. Perbuatann zihar mungkin berlaku jika suami jahil tentang hukum-hakam.
Ni je entry yg nak share hri ni..So,remember Ncik somi2 kat luar yea..Jgn main sdap mulut je..hehehe..Sbg peringatan..Yg baik itu dtg dr Allah..yg kurang&Lemah dri sy sendiri... :)
No comments:
Post a Comment
Dont Be shy leave ur Comment